salam semua..
malam semalam satu family menghadap TV dengan penuh khusyuk sambil makan nasi tomato yang baru diborong kat pasar malam.kalau dah tengok kotak 4 segi tuh memang takkan berganjaklah jawabnya.
tengah syok syok melepak tetiba terdengar alarm kereta.buat 'donno' je lah,takkan nak pergi menyibuk tengah tengah malam ni.lagipun kereta orang kan.dan alarm tuh terus terusan melalak..
15 minit selepas tuh..alarm kereta tadi still tak berhenti.aku takde la pulak nak fikir benda yang bukan bukan malahan tak rasa pun bunyi tuh mengganggu aku.so aku senyap je.
masa tuh lah abah angkat kepala daripada surat khabar kosmo.."patutlah.."sambil buat muka seposen kat umi.."ohh,baru ingat".umi tambah buat muka seposen jugak tanda faham apa yang abah cuba sampaikan.abah pun pandang aku sambil bukak pintu rumah.abah keluar je bunyi tuh terus senyap.aku dah buat muka pelik kat situ.
masa tu baru aku perasan yang bunyi tuh datang dari jiran sebelah kanan.husband and wife.diorang baru je beli kereta waja putih.semua senyap tunggu abah masuk balik.lepas 5 minit kat luar abah pun masuk sambil sengih.."oklah"
and kalau korang nak tahu husband and wife jiran sebelah rumah ni sebenarnya OKU atau orang kelainan upaya.diorang pekak.for sure lah diorang tak dengar alarm kereta tu walaupun time abah keluar tu husband dia tengah keluarkan barang dari bonet kereta.
and cerita abah..
abah keluar nak tengok dia perasan ke tak kereta dia yang berbunyi.tengok tengok dia ada kat tepi tu tengah amik barang kat bonet.abah senyum kat dia,dia angkat ibu jari tanda 'good'.abah senyum lagi.then abah tunjuk kat kereta dia sambil pegang telinga,dia senyum lepas tu ketuk ketuk dada tanda dia tahu and faham apa yang abah cuba sampaikan.
bende ni buat aku betul betul rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kat kita sebab benda ni kita buat pandang sebelah mata je..kan?
ps:10 minit kemudian alarm tu bunyi pulak.kitorang sengih je la..
No comments:
Post a Comment