Terima kasih kerana mengunjung ^.^

Friday, 9 November 2012

Korang nak tahu tak

Salam Jumaat ^.^

Korang nak tahu tak...
Hari ni result keluar . So korang jangan nak berdalih dengan aku . Jangan nak kedekut boleh tak ? Baik bagitahu cepat result korangg !!! Muahahahaa . Alhamdulillah . Aku memang amat sangat terlalu terlampau hahahaaa tak sangka dapat DL . Ya Allah , nak keluar biji mata aku tengok result dan aku percaya result korang morang pun excellent jugak . Tapi kan sebenarnya aku takut . Grr . Aku tak tahu kenapa nak takut . Ini bukannya takut , ini rungsing . All is well . meoww !

Korang nak tahu tak... 
Hari ni aku masak sedap , namanya daging paprik enak yummy . LOL . Hahahaaa . Gelak ah banyak banyak . Tapi betul , aku masak sedap . Buktinya nasik habis licin (padahal masak sikit) dan adik aku tambah 3 kali (ini tak tipu) . Terima kasih tak terhingga kepada budak ni sebab bertungkus lumus pergi kedai beli barang sampai 2 3 kali , sampai aku kena marahlah "tengok siap siap lah resepi tu,letih nak pergi kedai banyak kali !" Uuuu...garamnya . Hehee *gambar takde.google paprik yang sedap pastu imagine sendiri*

Korang nak tahu tak...
Semalam ada Driving Lesson . Tu je nak bagitahu . Excited :O

love     
aqilahushaini

Sunday, 4 November 2012

Latihan Intensif Bakal Komander siri 22/2012

Assalamualaikum uolls !

So after a long long time i tak update blog , i ada cerita yang best gila tahap cipanzi nak bagitahu kat u all . I've joined LIBK for 2 weeks . Pengalaman mendewasakan kita , tak gitu ? ngehngeh

At first aku memang betul betul nak join komander and become more excited bila dah dapat surat kebenaran . Lepas tu bila tengok semua orang packing barang , planning sana sini untuk holiday , aku pun dah macam "err,betul ke aku ni ?" . And yang menambahkan lagi ke-bengang-an aku bila daripada 8 orang perempuan dah jadi 4 orang je . Half tahu tak ?

Aku dah makin down , rasa macam nak quit sebelum masanya . Mulalah menyesal , nanti muka hitam , kaki melecet , urat tegang , badan sengal sengal , otot kembang .. eh ? tapi memang menyesal tak sudah . A day before nak berangkat ke Segamat , kitorang ada buat PT (physical training) dan ianya sangat menduga ketahanan aku . Iyolah , jarang amat amat jogging inilah makannya . Siap jadi udang goreng celup tepung lagi .

On the day , kitorang naik satu bas dengan JPK Kolej yang nak pergi Sarawak , hantar dorang pergi Airport Senai . Perghh , lagilah aku rasa nak angkut beg balik Shah Alam . Naik teksi pun aku sanggup lah waktu tu . Pastu aku tengok budak budak BK (bakal komander) yang lain . Hmmmmmm , macam tak jadi je . Sepanjang perjalanan aku tidur jea konon nak mengubat hati aku yang tengah berarak mendung kelabu ni . Bangun tidur dah sampai , dalam hati ni "tadaa..Qila,ini baru permulaan kepada permulaan" . Tarik nafas dalam dalam sampai semput "Bismillahitawakkaltua'lallah" .

Fisrt day , hujan . sempat lagi bernyawa walaupun separuh dah hilang masa makan tadi . Nasi banyak gila siot , by hook or by crook kena habiskan jugak . Kalau tak larat boleh pass kat siswa tapi masalahnya siswa pun tak habis . Badan dah letih tak boleh nak sumbat nasi dah , time tu cuma nak air je . Dilarang sama sekali meneguk Water Cooler hatta setitik sebab nanti suara takde . Ya Allah terseksa gila hidup masa tu . Malamnya , ada kelas so kenalah pakai baju formal kan ? dengan bangganya kitorang kena denda pumping .. ye , dengan baju kurung biru laut kain hitam , kemeja putih tie merah maka ber-pumping lah kesemua BK-BK sekalian . Hebat tak ? Hahaaa

Setiap hari yang kitorang lalui mesti ada PT , dahlah lepas subuh , berkawad dan berlari keliling UiTM , pumping , guling , sit up and sometimes rempuh halangan . Berjemaah 5 waktu di Masjid As-syakirin , ini je masa kitorang ada untuk rehat tapi bukan tidur tau ! (tapi aku terlelap juga la..hee) . Dan setiap hari kena denda , hentak kaki 50 kali dah kira heaven sebab selalunya 100++ . kuat betul otot kat kaki aku :P

Hari ketiga dan keempat , kitorang buat latihan peta dan bearing dekat ..err.. aku pun tak ingat apa nama kampung tu . Group kitorang extreme tau , naik bukit , turun bukit , sampai ceroboh kebun getah orang , punyalah nak menang padahal dapat no 3 jugak daripada 6 . lepas je makan terus pergi Sungai Cincin . Ada tasik gila punya besar tapi toilet takde air . Sakai je . Malam tu kitorang buat malam kebudayaan bertemakan telur . For those yang joined mesti tahu kenapa telur . Hehee

Masa raya lah sedihhh .. semua buat muka sememeh je walaupun dah pakai baju raya . First time kot beraya tanpa family . Kitorang tengok lembu , lembu tengok balik kitorang . Sama sama buat muka tapi sebenarnya best je sebab makan sedap .. Haha . Bila lagi kan nak beraya kawan kawan .. kan ? kan ? 

Bila dah seminggu lebih ber-LIBK , tiada apa yang tinggal kat kitorang . Kekuatan kitorang dah habis kena perah hari hari . Semangat je yang tinggal nak teruskan sisa sisa perjuangan kitorang kat sini . Everyone counting and counting and counting . tapi sebenarnya semakin hari hubungan kita dah macam satu family . wahh sukanya ! komander komander pengiring selalu cakap "mana sifat kekeluargaan korang sebagai satu batch?" . Huhuu , sekarang dah boleh nampak ...

During rehearsal , kitorang agak tension sebab selalu tak jadi . Buat benda yang sama berulang kali sampai midnight . Alhamdulillah , masa passing out kitorang perform , lagi semangat bila Brass Band mengiringi setiap step kitorang dengan drum . Rasa bangga sebab umi abah tengok even muka hitam tapi still sanggup datang nak ambil anak dia ni. Ngee

Pemakaian Pangkat

muka nak lempang..dahlah hitam

nampak eka separuh..haha

umi & me

abah & me
ngeee :P
 
Congrates to the winner :

Anugerah BK terbaik : Mohd Shafizi Shahrani
Anugerah kawad terbaik : Jiman Md Daim
Anugerah akedemik terbaik : Natasya Amira Abd Rahim
Anugerah khas ( ketabahan & kecekalan ) : Norliyana Mohd Ali

Formal(blurrr)
skuad teluq batch 22
kepada batch 22 , jangan lupa lagu teluq kita dan lagu lagu lain juga . banyak sangat lagu boleh jadi komposer join BB (brass band) . Komander Rendah Muda Aqila , pelik bunyinya . Hewhew

love,     
aqilahushaini

Saturday, 3 November 2012

just a short post

Assalamualaikum..



awkward , huh ? iyelah , lama tak update blog ni . lepas SPM last jenguk blog lepas tu dah malas sebab kerja and bla bla bla ... and today the spirit is back ! ngeh ngeh XD

so insyaAllah blog ini akan di-refresh semula , touch up sikit sikit . hope boleh jalan macam dulu . actually ada banyak sangat cerita nak share kat sini tapi biasalah kan , masa so jealous dengan kita .because this is just a short post , so i gonna stop this entry here . the rest will comes .

    
good night.