Terima kasih kerana mengunjung ^.^

Monday, 20 February 2012

this is ?

salam ^.^

sungguhlah membosankan hidup lepas sijil pelajaran malaysia nie.aku ingat bersenang lenang goyang kaki macam ni best tahap tak hingat tapi..fuhh =.=' betul melemahkan otot otot sendi aku.dah la makin gemuk,malas pulak tu..

cehh,mula mula habis SPM memang sakan planning sampai berkajang kajang..nak ambik lesen lah,belajar itulah,buat inilah..tapi last last..


tidur sampai letih..pffttt-apa nak dibuat pun tak tahu lah..sekarang ni tengah melayan mak nenek 6 tahun ni belajar membaca and so on bla bla bla...

belajar masak pun tak pandai pandai lagi..asyik kene marah je..takut dengan minyak yang panas meletup letup sebab pernah kene kat kaki masa tecik tecik dulu.memang serik kau.geram nak baling tong gas yang ada kat dapur bila hasilnya taklah macam yang dijangkakan.buat penat berpeluh peluh je..

kadang kadang jeles jugak tengok mereka mereka yang ber-KEX.memang berhajat sangat.nak buat assignment segala,interviewing,sibuk semedang and bla bla bla..

nilah bila takde kerja..mengedik sana sini..pftt ---

and buat manik stuff with ALI's

*aku kesal namun tiada guna

Saturday, 11 February 2012

program diet abah bersama umi

bismillahirrahmanirrahim


abah balik je kerja,umi terus serang abah..


umi : abah makan apa hari ni?
abah : abah makan kuih je tau
umi : kuih apa?
abah : 3 jenis.karipap,kuih lapis dengan pulut panggang
umi : karipap tu kan bergoreng,kuih lapis pakai santan,pulut panggang banyak minyak la..bla bla bla
abah : =.='


*****


abah : umi masak apa?
umi : mee sup.abah nak?
abah : tamau mee.nak mihun boleh?
umi : suh harith beli kejap.
abah : eh takyah la.nak kuew tiow pulak ^.^
umi : tak payah,kuew tiow berminyak la..mihun je
abah : =.='

Thursday, 2 February 2012

mereka mengajar aku erti syukur

salam semua..


malam semalam satu family menghadap TV dengan penuh khusyuk sambil makan nasi tomato yang baru diborong kat pasar malam.kalau dah tengok kotak 4 segi tuh memang takkan berganjaklah jawabnya.


tengah syok syok melepak tetiba terdengar alarm kereta.buat 'donno' je lah,takkan nak pergi menyibuk tengah tengah malam ni.lagipun kereta orang kan.dan alarm tuh terus terusan melalak..


15 minit selepas tuh..alarm kereta tadi still tak berhenti.aku takde la pulak nak fikir benda yang bukan bukan malahan tak rasa pun bunyi tuh mengganggu aku.so aku senyap je.


masa tuh lah abah angkat kepala daripada surat khabar kosmo.."patutlah.."sambil buat muka seposen kat umi.."ohh,baru ingat".umi tambah buat muka seposen jugak tanda faham apa yang abah cuba sampaikan.abah pun pandang aku sambil bukak pintu rumah.abah keluar je bunyi tuh terus senyap.aku dah buat muka pelik kat situ.


masa tu baru aku perasan yang bunyi tuh datang dari jiran sebelah kanan.husband and wife.diorang baru je beli kereta waja putih.semua senyap tunggu abah masuk balik.lepas 5 minit kat luar abah pun masuk sambil sengih.."oklah"


and kalau korang nak tahu husband and wife jiran sebelah rumah ni sebenarnya OKU atau orang kelainan upaya.diorang pekak.for sure lah diorang tak dengar alarm kereta tu walaupun time abah keluar tu husband dia tengah keluarkan barang dari bonet kereta.


and cerita abah..
abah keluar nak tengok dia perasan ke tak kereta dia yang berbunyi.tengok tengok dia ada kat tepi tu tengah amik barang kat bonet.abah senyum kat dia,dia angkat ibu jari tanda 'good'.abah senyum lagi.then abah tunjuk kat kereta dia sambil pegang telinga,dia senyum lepas tu ketuk ketuk dada tanda dia tahu and faham apa yang abah cuba sampaikan.


bende ni buat aku betul betul rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kat kita sebab benda ni kita buat pandang sebelah mata je..kan?


ps:10 minit kemudian alarm tu bunyi pulak.kitorang sengih je la..